SENANDUNG LUKA

Membicarakan tentang falsafah,agama ,bahasa,isu semasa, gerakan Islam dan budaya. Di atas runtuhan Kota Melaka kita dirikan JIWA MERDEKA!

Wednesday, May 28, 2008

Che Det In Action

Hai ya! Rais, Rais,Rais! Ok lah Win win. Satu untuk Aku,dua depa sapu.Macam mana Pak Sheikh depa lawan tu. Lawan tetap lawan!

Tuesday, May 27, 2008

CHE DET IN ACTION

Are ready Pak Lah? I know who you are. From the mountain.From the sky.High! High! Wait and see!

Sunday, May 25, 2008

Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya

Ditulis oleh Dr.Usman Awang

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga mereka bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi besinya
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.

Sampai sekaran, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

Selamat tinggal,selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan

Friday, May 16, 2008

Maruah dan Martabat Insan dalam Pemikiran Melayu

Oleh Dato'Dr.Siddiq Fadzil

Akar pemikiran Melayu dapat ditelusuri dalam khazanah kesusasteraan tradisionalnya. Untuk itu Sejarah Melayu atau Sulalatu al-Salatin sebagai karya sastera sejarah klasik Melayu mungkin dapat dirujuk. Sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Tun Seri Lanang bahawa Sejarah Melayu memuatkan bahan-bahan yang berupa "akhbar" dan "amthal".Maksudnya ada yang bersifat sejarah dan ada pula yang bersifat perumpamaan,tamsil dan ibarat; iaitu kisah-kisah simbolik dengan maksud dan tersirat mesej.Mungkin antara yang dapat diangkat sebagai contoh paparan kisah simbolik yang mengandungi mesej implisit itu ialah peristiwa Bukit Si Guntang,tempat berlangsungnya pertemuan dan dialogWan Empuk-Wan Malini dengan anak raja tiga bersaudara. Sejarah Melayu memberikan pemerian seperti berikut.
Setelah keduanya berfikir,lalu bertanya,"Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah,atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan hamba ketiga kepada kami kedua ini: kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini."

Contemporary Islamic Political Thought


Thursday, May 15, 2008

Ulasan Buku Atas Nama Kebenaran

Oleh Shakir Md Taha
Buku ini telah diberi kata pengantar oleh tokoh akademik and gerakan Islam yang terkenal,Dato Dr.Siddiq Fadzil. Beliau telah mengkategorikan buku sebagai a must read book.
Penulisnya, Khalif Muammar telah berjaya membahaskan isu "Islam Liberal"dengan cukup mendalam dan dalam gaya bahasa cukup segar.
Ahli fikir dan pujangga Islam Dr.Iqbal pernah berkata
tamadun Barat bersandarkan didahan yang rapuh.Ini adalah kerana tamadun Barat hari ini tidak lagi bersandarkan pada agama sebaliknya bersandarkan kepada falsafah dan sains. Buku ini memaparkan juga pemikir Islam turut terpalit sama dengan faham Islam Liberal.

Buku-buku Menarik Untuk dibaca

  • Ke Mana,Malaysia-Kim Quek
  • May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
  • Mensyukuri Nimat Menginsafi Amanat Siddiq Fadzil
  • Shahnon Ahmad Islam Power and Gender by HARRY AVELING

About Me

I'm a teacher and a freelance journalist.